BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

RUKUN ISLAM


RUKUN IMAN


  • Iman kepada Allah
    • Patuh dan taat kepada Ajaran Allah dan Hukum-hukumNya
  • Iman kepada Malaikat-malaikat Allah
    • Mengetahui dan percaya akan keberadaan kekuasaan dan kebesaran Allah di alam semesta
  • Iman kepada Kitab-kitab Allah
    • Melaksanakan ajaran Allah dalam kitab-kitabNya secara hanif. Salah satu kitab Allah adalah Al-Qur'an
    • Al-Qur'an memuat tiga kitab Allah sebelumnya, yaitu kitab-kitab Zabur, Taurat, dan Injil
  • Iman kepada Rasul-rasul Allah
    • Mencontoh perjuangan para Nabi dan Rasul dalam menyebarkan dan menjalankan kebenaran yang disertai kesabaran
  • Iman kepada hari Akhirat
    • Paham bahwa setiap perbuatan akan ada pembalasan
  • Iman kepada Qada dan Qadar
    • Paham pada keputusan serta kepastian yang ditentukan Allah pada alam semesta

Saturday, November 1, 2008

BERJIHAD DENGAN CARA BERPERANG DI DALAM ISLAM

Mengapa Islam membenarkan umatnya untuk berperang ?

Sesungguhnya Islam adalah sebuah agama yang menganjurkan perdamaian . Perkataan Islam itu mempunyai perkaitan dengan kedamaian dan sentosa . Tetapi mengapa Islam mebenarkan umatnya untuk berperang sehingga ramai di kalangan orientalis Barat mencanagkan kepada dunia bahawa Islam tertegak melalui mata pedang ? Di sini saya cuba ringkaskan tujuan peperangan di dalam Islam .

1) Peperangan di dalam Islam adalah bertujuan untuk membebaskan orang ramai yang berada di dalam cengakaman pemerintahan kuku besi , menghambakan manusia , menjadikan manusia sebagai bahan untuk memuaskan nafsu serakah mereka kepada keadilan Islam . Unutk menjelaskan maksud ini eloklah saya bawa kata-kata Rab'ie bin Ameir kepada Rustam , pahlawan Parsi . " kami di utuskan untuk mengeluarkan manusia daripada menyembah sesama mereka kepada menyembah Tuhan yang menjadikan mereka ." Lihatlah sistem hidup yang tidak bersistem Islam di mana-mana sahaja . Apabila kita menelitinya kita akan mendapati di sana terdapat satu bentuk perhamabaan . Tenaga rakyat dan tenaga rakyat di kerah dan dirampas untuk kepentingan sekelompok masyarakat yang memerintah . Golongan ini sentiasa menolak keadilan kerana keadilan yang tertegak akan kekuasan yang mereka gunakan untuk kepentingan diri mereka . Menumpahkan darah kumpulan ini samalah seperti melakukan pembedahan untuk membuang barah yang membengkak di dalam tubuh . demi untuk menyelamatkan nyawa seseorang insan .Pisau yang digunakan terpaksa menghiris beberapa bahagian yang lain untuk sampai kepada barah tersebut .

2) Peperangan di dalam Islam adalah semata-mata menegakkan keadilan agama Islam , bukannya berdasarkan politik kaum yang sempit ataupun untuk mencari kekayaan . Orientalis barat yang sentiasa mengangap Islam sebuah agama yang suka kepada peperangan lupa bahawa peperangan di dalam Islam adalah semata untuk sebuah kebenaran , bukannya berdasarkan kepada nasionalis kolot ataupun untuk mengaut kekayaan daripada negara yang diserang seperti yang yang dilakukan oleh beberapa negara Eropah . Ingatkah kita bahawa Portugis , Belanda , British dan Jepun pernah menyerang negara kita demi mengaut kekayaaan yang tertanam di perut bumi kita dan mengankat martabat bangsa mereka di kalangan masyarakt dunia . Berapa ramai jiwa datuk nenek kita yang terkorban akibat nafsu serakah mereka . Dan satu contoh yang jelas di hadapan mata kita bagaimana Amerika menggunakan kekuatan tentera mereka untuk memastikan hasil minyak masuk ke kahzanah negara mereka dengan mebiarkan kanak-kanak yang lansung tidak mengerti erti kehidupan mati kelaparan . Sedangkan peperangan di dalam Islam jauh sama sekali daripada unsur-unsur tersebut . Khalifah Umar Abdul Aziz tetap hidup dengan penuh sederhana , biarpun tentera-tentera Islam di waktu pemerintahnnya telah berjaya membuka beberapa kawasan yang kaya dengan hasil bumi . Dan peperangan ini juga bukanlah untuk keagungan sesuatu bangsa , bukannya untuk Arab , Turki , Melayu , Cina , India , Eropah ataupun mana sahaja bangsa di dunia ini , tetapi adalah untuk semua manusia yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t.

Mengapa orientalis Barat menggunakan dakyah " Islam tertegak melalui pedang".

Sebenarnya orientalis-orientalis ini menyedari kesucian makna jihad melalui peperangan yang terdapat di dalam Islam seperti mana mereka menyedari kesucian Islam itu sendiri . Mereka sengaja menggunakan senjata ini untuk memastikan umat Islam terus tidur dan hidup di dalam keadaan pengecut dan di dalam masa yang sama mereka menerkam satu persatu negara Islam . Taktik mereka cukup licik . Apabila dakyah tersebut mereka lancarkan , sebahagian ulama Islam terperangkap dengan dakyah ini , lantas melaungkan peperangan di dalam Islam hanya untuk mempertahankan diri . Lantas hiduplah kebanyakkan umat Islam di dalam negara masing-masing tampa memperdulikan nasib saudara seIslam yang ditimpa musibah . Apabila Kristian menyerang negara Balkan , Rusia menyerang Afganistan hanya beberapa kerat sahaja daripada umat Islam yang mewakili hampir satu pertiga daripada penduduk dunia yang sama-sama menangisi nasib mereka . Bahkan keadaan ini semakin menyedihkan , kerana sebahagian umat Islam bukan sahaja tidak mahu membantu saudaranya yang diserang , malahan menjadi bacul dan pengecut hatta untuk mempertahankan kesucian tanah milik mereka sendiri seperti yang berlaku di Palestin sekarang .

Sebagai kesimpulan konsep JIHAD mesti difahami oleh setiap umat Islam , demi untuk memastikan Islam terus gemilang .

1 comment:

My Name Is JIHAD!!!!! said...

MAKSUD JIHAD....
Jihad merupakan satu kalimah yang hanya wujud di dalam kamus umat Islam .Dengan semangat jihad yang kental dua tamaddun besar di dunia berjaya ditumbangkan di dalam tempoh tidak sampai satu abad daripada kemunculannya .Satu tamaddun berjaya dihapuskan sama sekali iaitu tamaddun Parsi . Begitu juga sampainya Islam ke China , Andalus , India , Afrika , Kepulauan Melayu dan ke seluruh pelusuk dunia . Dengan semangat jihad yang membara inilah seorang anak muda yang hanya baru berusia 24 tahun , iaitu Muhammad Al-Fatteh berjaya menawan kota terpenting di dunia , Istanbul daripada cengkaman Kerajaan Kristian Bayzantaine ..

Sewaktu semangat Jihad marak membakar jiwa umat Islam kita melihat , umat Islam berada di puncak keagungan samada daripada sudut rohani ataupun kebendaan .Lihatlah kembali detik-detik sejarah yang berlalu walaupun ianya terlalu sayu apabila dikenang , detik-detik umat Islam mengetuai dunia di dalam penyelidikkan fizik , kimia , bialogi , perubatan , matematik , farmasi , astronomi dan lihatlah buku-buku kajian ulama-ulama silam di dalam bidang-bidang tersebut yang kini terbaring lesu di perpustakaan-perpustakan terkemuka di dunia . Semangat JIHAD yang tebenam rapat di dalam jiwa umat Islam pada detik-detik tersebut , menjadikan mereka umat yang memberi dan mengeksport , bukannya hanya menerima dan mengimport .Tetapi apabila jihad hilang maraknya , umat Islam terus ketinggalan daripada kemajuan dunia .Akibatnya umat Islam kini menjadi mangsa terkaman , musuh-musuhnya samada di Barat ataupun Timur .Dengan mudah ia dilaga-lagakan di antara satu sama lain .

Oleh itu JIHAD menjadi satu perkataan yang terlalu mengerunkan bagi musuh-musuh Islam ini .Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan JIHAD ? Adakah ianya HOLLY WAR seperti yang diterjemahkan oleh sebahagian penulis Barat ataupun segerombolan lelaki berkuda , berjambang , berserban dan dengan pedang di terhunus di tangan mereka menggempur musuh ? Atau adakah ianya hanya terhasil dengan mengikat bom di seluruh badan kemudian mencamapakan diri ke arah musuh seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang berani mati Palestine demi mempertahankan Al-Aqsa yang tercinta . Jadi di sini , saya akan cuba menghuraikan maksud jihad berdasarkan ilmu saya yang cetek ini .

JIHAD dari konsep bahasa ialah mengerahkan tenaga untuk mencapai sesuatu tujuan , dan dari konsep istilah ia bererti mengerahkan tenaga untuk mendirikan sebuah masyarakat Islam , iaitu sebuah masyarakat yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tata cara kehidupan serta menjadikan syariah Islamiyyah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. tersebar di alam ini .

Daripada takrifan yang diberi kita mendapati bahawa jihad boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian di antaranya adalah :

1) berjihad dengan cara mengajar orang ramai tentang Islam , mempertahankan Islam daripada serangan pemikiran yang sengaja dilemparkan oleh musuh untuk mengelirukan orang ramai tentang Islam .

2) berjhad dengan cara menyediakan sesuatu yang diperlukan oleh umat Islam di dalam usaha mendirikan sebuah masyarakat Islam . Termasuk di dalam bahagian ini , usaha yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Islam yang memperdalami ilmu-ilmu ketenteraan , biologi , fizik , kimia , sain marine , perubatan , matematik , astronomi, geografi ,ukur tanah , sains computer dan apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks .

11 ) berjihad dengan mengankat senjata . Inilah kemuncak jihad umat Islam , dan jihad yang terbesar . Ia satu pengorbanan yang mengadaikan jiwa , harta paling berharga yang di miliki oleh seseorang insan demi meyebar dan mempertahankan kesucian Islam .Jadi di dalam siri ini saya akan menumpukan kepada jihad dengan cara mengankat senjata , kerana ramai di antara kita gagal memahami tujuan dan konsep jihad ini..