Meletakkan sesuatu sandaran tanpa bukti yang sahih dan mengatakan ia , adalah sahih.
Meletakkan imej pemuda islam sebagai pemuda melayu , bercakap seperti melayu , berpakaian seperti melayu ,dan berbudaya seperti melayu.
Namun akhirnya , segala itu disinonimkan dengan agama, walau kadang kala , budayanya bertentangan dengan agama..Contohnya sesuatu majlis berimejkan agama , hadirin yang tidak bersongkok dan berbaju melayu , dipandang sebagai insan yang kurang pegangan agama.
Yang tidak berbaju kurung , dikatakan sebagai kurang menghormati majlis.Sedangkan pakaian agamanya hanyalah kepada berteraskan budaya setempat.
Itu belum lagi dengan adat-adat yang jelas bertentangn , seperti bacaan-bacaan sebelum masuk ke hutan , yang bermaksud memuji-memuji makhluk , perempuan mengandung yang mati , disangka bakal menjadi pontianak , malah mengatakan golongan yang bertanya sebagai golongan lemah iman.
Malang sekali disebarkan oleh orang melayu , dan beragama dan dipercayai oleh orang-orang yang beragama..Budaya kurang membaca , kurang bertanya , taat tanpa sebab , amat sinonim dengan dengan umat yang beragama..Ini satu kekeliruan , diturunkan kepada generasi ke generasi.
Generasi akan datang akan lebih keliru , lebih parah lagi jika mereka mengelirukan orang yang lain..Malah generasi sekarang pun yang terdedah dengan segala macam bentuk maklumat lebih cenderung untuk mengambil hiburan sebagai maklumat..Maklumat-maklumat lain dipinggirkan.
Jualan naskah hiburan laris bagi pisang panas..Naskah-naskah yang berilmu sedikit , penggemarnya boleh dihitung dengan jari..Jadi yang lancar di bibir masyarakat hanyalah tentang dunia hiburan.Siapa kahwin siapa , siapa kawan siapa , gosip dan sebagainya..Apa lagi jika dilihat kajian bilangan membaca buku dikalangan rakyat , senarionya amat parah.
''sinar agama dibayangi wajah-wajah hodoh penganutnya.''
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment